Pada 10 Fabruari 2012, berlansungnya Pembukaan Pameran 3 Karya
Tamu di Galeri Seni Universiti Malaya. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh
Naib Censelor Universiti Malaya, Tan Sri Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon. Pameran yang
mempamerkan hasil
karya tiga pengkarya tanah air sebagai pengkarya tamu iaitu Johari Said, Yusuf
Gajah dan Maamor Jantan. Ini merupakan pameran yang pertama diadakan di galeri
tersebut dan juga merupakan karya-karya terbaru yang dihasilkan oleh
ketiga-tiga pengkarya. Diharap melalui pameran ini akan menyerlahkan lagi gaya,
keunikkan dan kekuatan setiap pengkaya yang menjadi tamu di Geleri Seni
Universiti Malaya. Sebagai pengkarya yang cendrung kepada penghasilan seni
cetak Johari Said telah menghasilkan karya cetakan yang tidak mengikut
kelaziman desiplin tersebut, malahan menghasilkan karya yang penuh dengan
symbol dan metafora bagi mengetengahkan pandangan dan tema beliau. Yusuf Gajah
yang sering dikenali dengan ikon gajah dalam penghasilan karya yang berbentuk
naïf, penghasilan karya yang berwarna warni, meriah dan menarik dipamirkan
dengan kepelbagaian yang indah. Manakala, Maamor Jantan yang merupakan
pengkarya seni cat air yang punya gaya tersendiri lebih senang berkarya
berasaskan kepada keindahan budaya dan alam semulajadi Malaysia. Sesungguhnya
geleri yang diperkenalkan pada tahun 2011 adalah bertujuan sebagai sebuah pusat
warisan budaya yang bakal menjadi ikon menerusi kajian pemeliharan, baikpulih,
pameran, penafsiran dan pembangunan koleksi seni negara. – AZIAN HJ TAHIR