Wacana Bertemu Salina 1: Kehadiran Sasterawan Negara, Pak Samad dan ahli-ahli penal yang lain dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang peralihan bahas penulisan ke bahasa tampak.
Wacana Bertemu Salina 2: Kehadiran Pak Samad telah menarik minat para pelajar dalam bidang-bedang yang berbeza untuk turut sama di program tersebut.
Wacana Bertemu Salina 3: Sesi bergambar bersama tenaga kerja program dan pengkarya-pengkarya Pameran Bertemu Salina.
Sememangnya pemilihan ahli penal untuk wacana ini bertepatan sekali, ini adalah kerana selain dari Pak Samad sendiri yang merupakan penulis naskah tersebut, Pn. Nur Hanim pula merupakan antara pengkarya yang sememangnya banyak menggunakan karya-karya penulisan didalam karyanya dan seorang lagi penal yang dijemput adalah Pn. Zanita yang merupakan Pengarah Bahagaian Penyelidikan dan Pameran Balai Seni Lukis Negara merupakan wakil yang paling sesuai bagi memberi pandangan yang bernas berkaitan dengan penghasilan karya dan proses-proses yang perlu dilalui oleh para pelajar di UiTM untuk menjadi sebahagian dari pengkarya yang aktif dibidang penghasilan karya.
Wacana Bertemu Salina 4: Penulis mengambil kesempatan untuk berramah mesra bersama Pak Samad ketika jamuan ringan diadakan di perkarangan fakulti.
Wacana Bertemu Salina 5: Pak Samad dikerumuni oelah para pelajar Seni Lukis dan Seni Reka.
Disepanjang program wacana ini dijalankan, Pak Samad telah memberi pandangan-pandangan yang ikhlas dan bernas tentang pameran yang sedang berlangsung di Geleri UiTM Perak sekarang sehingga 6 Mei 2009. Beliau juga telah diajukan beberapa soalan oleh para pelajar yang mana sememangnya hanya beliau sahaja yang layak untuk menjawabnya dan diantara soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan watak-watak yang terdapat didalam novel beliau, seorang pelajar telah mengajukan soalan untuk mendapatkan kepastian tentang watak 'Helmy' ianya seolah-oleh memberi gambaran bahawa watak itu adalah Pak Samad sendiri?
Wacana ini sememangnya telah memberi peluang seluas-luasnya untuk para pelajar berinteraksi bersama ahli-ahli penal yang dijemput. Oleh itu boleh dikatakan bahawa program ini sememangnya telah dijalankan dengan jayanya dan ianya menepati objektif yang dirancang sama ada oleh pihak penganjur malahan UiTM Perak secara keseluruhanya.
thanz puan azian.
ReplyDeletesama-sama so jgn lupa jemput kami untuk show yang seterusnya
ReplyDelete