Bertemu Salina 1: Gambar muka depan kateloge pameran
Pada hari Isnin yang lalu iaitu pada 6 April 2009, telah selamat berlansungnya perasmian pameran 'Bertemu Salina' yang dianjurkan oleh UiTM Perak dan pameran ini akan berlansung selama sebulan.
Sebuah pameran yang merupakan hasil karya terpilih para pelajar tahun akhir Program Seni Halus Sesi Dis 08, UiTM Perak. Boleh dikatakan bahawa pameran ini merupakan satu kejayaan bukan sahaja kepada pihak penganjur malahan juga kepada para pelajar yang telah bertungkus lumus melunaskan tugasan mereka pada semester lepas dan hasilnya... nah lihat lah sendiri....
Bertemu Salina 2: Saudara Zuraidi mengambarkan tentang keperluan air didalam kehidupan walau dimana anda berada...
Kumpulan karya yang diangkat dari hasil nukilah Sastrawan Negara Datok Dr. A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad ini telah memberi gambaran secara visual tentang 'Salina' yang penuh dengan penceritaan tentang keadaan, kesengsaraan, keperluan selepas berlakunya Perang Dunia Kedua (WW2).
Seni Cetak, Gurisan Asid
Bertemu Salina 3: Nadirah mengambarkan Salina berbaju kebaya jarang dan bersarung lepas sedang melangkah entah kemana...
Para pelajar tersebut telah cuba mencungkil dari novel agong tersebut mengikut kaca mata mereka sendiri, bukan sahaja memberi penjelasan tentang masalah atau gambaran ketika dan waktu yang menjadi latar novel tersebut contohnya karya dari Saudari Nadirah Abdullah, yang mengambarkan kejelitaan wanita yang bernama Salina dengan berbaju kebaya, malahan mereka telah mengolahnya dengan memberi gambaran persamaan atau kaitan tentang kitaran hidup dimana sejarah pasti akan berulang... ini jelas apabila dilihat hasil karya dari Saudara Ahmad Fadzul Mat Yusof yang mengambarkan 'Daerah Persundalan' (Sekadar meminjam kata-kata Pak Samad ketika 'Wacana Bertemu Salina') itu pada hakikatnya masih lagi berlegar-legar didepan mata namun caranya sahaja berbeza. Oleh itu beliau telah mengaitkan keadaan isu semasa era ini sebagai gambaran tentang kewujudan dunia tersebut.
Seni Cetak, Sutera Saring
Bertemu Salina 4: Isu Pelajar Pintar yang terjerumus kelembah hina diketengahkan bagi memberi gambaran tentang keadaan dunia sebenar seperti apa yang terdapat didalam Novel Salina
Sememangnya jika ingin diperkatakan dengan teliti pasti lebih banyak yang boleh ditulis dan ditinta didalam penulisan ini. Namun apakan daya keadaan dan masa tidak membolehkan saya terleka disini, oleh itu cara yang terbaik adalah untuk berada sendiri di Geleri UiTM Perak dan menikmati sendiri karya-karya yang dihidangkan untuk tatapan semua.... MAKANYA SILAKAN..
Bertemu Salina 5: Satu lukisan gambaran kesunyian yang dialami oleh salah satu watak didalam Novel Salina oleh Saudari Noraini Shamsuddin.
Bertemu Salina 6: Saudara Mohd Affis Satiman membawa keadaan yang sebenar tentang tandas awam berdasarkan dari pemahaman beliau mengenai keadaan sebenar tandas didalam Novel Salina itu sendiri.
thanz kpd tenaga p,gajar yang telah bersusah payah demi m'jayakan program ini(bertemu salina)sy bgai wakil kwan2 smua...ribuan jutaan terima kasih..tanpa kamu semua (guru kami) ..siapa lah kami..wa'salam
ReplyDeletesama-sama diharap kejayaan ini diteruskan di peringkat yang seterusnya
ReplyDelete