24-25 JULY 2009, Kota Kinabalu SABAH
Rosiah Md Noor dan Azian Haji Tahir
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Kampus Shah Alam, MALAYSIA
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Kampus SERI ISKANDAR
Rosiah Md Noor dan Azian Haji Tahir
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Kampus Shah Alam, MALAYSIA
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Kampus SERI ISKANDAR
ABSTRAK
Karya seni rupa adalah objek seni halus yang bukan hanya untuk dilihat malahan untuk dihayati dan diberi penghargaan. Namun penghargaan terhadap objek seni halus ini sangat bersifat subjekif kerana setiap insan mempunyai perasaan, naluri dan ciarasa yang berbeza yang akan membuat tanggapan terhadapnya juga berbeza. Tambahan pula pemahaman terhadap karya seni rupa memerlukan pengetahuan terhadap bahasa tampak agar komunikasi dapat tercapai. Oleh itu, penghargaan yang bersifat objektif amat penting agar objek seni halus dapat difahami dan dihayati secara rasional oleh semua golongan masyarakat. Peranan golongan celik seni visual sangat perlu untuk menghuraikan kandungan seni rupa dan secara langsung dapat memperbanyakkan maklumat mengenainya.
Ilmu pengetahuan untuk ‘membaca’ objek seni adalah dengan mengetahui dan memahami kandungan objek seni itu sendiri yang boleh dibuat menggunakan kaedah analisa kandungan. Kaedah analisa kandungan (content analysis) yang merupakan satu teknik yang sistematik dan teliti bagi menterjemahkan kandungan sesuatu bahan seperti bahan visual seni halus. Menerusi pendekatan Model ‘organic Unity’ oleh Ocvirk (2001), kandungan karya seni halus dikategorikan kepada 3 bahagian utama iaitu subjek, bentuk dan makna. Walaupun ketiga-tiga bahagian ini saling berhubungan dan berkaitan dalam membentuk sebuah kesatuan, sandaran terhadap pendekatan ini dapat menghuraikan setiap bahagian kandungan dan menjelaskan perhubungannya dalam melahirkan karya yang sempurna. Dua buah karya seni rupa dijadikan sampel penganalisaan menurut kaedah ini. Pengupasan yang terperinci akan memudahkan apresiasi dan memperbanyakkan maklumat yang dapat menjelaskan lagi apa yang tersurat lagi tersirat serta menghubungkaitkan antara bentuk dan makna sesuatu karya seni rupa.
bila bercakap tentang seni halus misti kita bayangkan work mereka yang penuh dengan emosi. mengapa zaman sekarang pelukis semakin tidak lagi mengunakan bahasa seni yang mereka telah belajar. maksudnya karya dah banyak aliran yang bukan-bukan... adakah kebanyakkan hasil karya orang seni halus ini daripada emosi semata-mata... adakah pelukis ni suka melepaskan emosi mereka pada karya? mengapa orang seni halus tidak mengunakan kepakaran mereka untuk benda yang lebih bermakna dalam kehidupan ini?....
ReplyDeletesaya harap satu hari nanti dapat melihat hasil karya orang seni halus lebih bermakna dan berguna pada kehidupan....
memang ada betulnya tetapi masih ada lagi pengkarya seni yang berkarya tidak hanya berlandaskan emosi, cuma kena tahu apa yang cuba dibawa dan alirannya lihat sahaja pada karya Aznan Omar, karya arca beliau masih boleh dihayati sebagai mana adanya imejan yang diutarakan sememangnya jelas (rujuk pameran Point Blak 2009 di House of Matahati)
ReplyDelete