Sunday, May 24, 2015

Sophie Lambalet, artist seramik Switzerland.

Art Talk yang di anjurkan oleh pihak UiTM Perak pada 25 Mei 2015 telah membawa artist seramik switzerland yang bergerak aktif dalam menghasilkan karya-karya seramiknya di negaranya. Beliau yang  kini telah bermastautin di Malaysia selama dua tahun masih lagi bergerak aktif menghasilkan karya-karya beliau. 
Sepanjang beliau berada di Malaysia terdapat beberapa pameran seni yang telah beliau sertai antaranya di USM. Kini beliau berkarya berlandaskan kepada keindahan alam semulajadi di Malaysia. 
Sebagai seorang pencinta alam semulajadi beliau mengatakan betapa beliau suka menjadi sebahagian darinya dan ilham penghasilan karyanya juga adalah merujuk kepada keindahan alam itu sendiri. Bila ditanya tentang itu, beliau menjelaskan yang ilham hadir dari hati dan perasaannya dan dari itu ianya berkembang kepada apa yang diketengahkan dalam karya. Melihat dari karya beliau untuk pamiran "The 5th International Ceramic Festival Selsius" jelas sekali bahan kajian beliau adalah dari kesan tinggalan yang dihasilkan oleh ketam-ketam kecil mengorek lubang tempat berlindung di tepian pantai. Pemandangan tersebut seringkali kita temui di tepi-tepi pantai yang mempunyai pasirnya yang halus dan putih. Ia telah menarik perhatian beliau untuk diilhamkan didalam beberapa karya yang dihasilkannya.





Selain dari itu hasil karyanya yang terbaru dan dipamerkan kepada para pelajar di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Perak ini adalah merujuk kepada kekaguman beliau terhadap keindahan dasar laut di Malaysia. Banyak bahan-bahan visual yang telah diperolehi dari pengalamannya sendiri menyelam dan mengambil gambar di perairan Malaysia. 


Ini merupakan sebahagian dari hasil karyanya, beliau yakin bahawa pasti akan ada lebih banyak lagi karya-karya yang akan terhasil kerana keindahan dasar laut di Malaysia begitu unik dan indah sekali.






Semestinya keunikan dan keindahan dalam seni reka seramik ini sentiasa akan menarik perhatianm peminatnya. Satu seni yang menurut beliau menjadi amalan bagi setiap bangsa di dunia namun masing-masing mempunyai keunikan tersendiri sama ada dari segi proses pembikinan ataupun dari segi intipati penghasilan karya. 

Apa yang beliau pelajari ketika berada di Asia adalah hasil seni seramik tidak semestinya harus dalam keadaan yang begitu terukur dan terikat dengan ketepatan tetapi ianya mempunyai maksud yang tersirat dari setiap lengkong, lengkuk dan tebal. Itulah yang menarik selaian mempunyai cerita dan sentuhanya tersendiri.


No comments:

Post a Comment