Tuesday, November 21, 2017

Benarkah?

Sesungguhnya apabila menghasilkan satu karya yang melibatkan kritikan sosial penghasil tidak harus hanya melihat dari satu sudut sahaja iaitu kritik. Penglihatan dan pengkajian haruslah menyeluruh agar penghasilan karya tidak kelihatan cetak dari segi pengkajian makna. Seringkali kita melihat apabila pengkarya yang lebih cenderung pada satu arah akan terperangkap dengan soalan-soalan berlandaskan kajian atau fakta yang mempunyai data sebenar dari penyelidikan-penyelidikan dari pihak lain. Namun begitu bagi mencari jalan singkat kadang kala pengkarya mula memberi jawapan sinis seolah-oleh yang memberi maklumat dan data itu sebenarnya lebih cenderung pada pihak yang mereka kritik. Sedangkan mereka sebenarnya cuba mencari jawapan dari penghasilan visual yang dibentangkan dihadapan mereka.

Tuesday, May 26, 2015

Pertandingan Seni Lukisan Dinding Grafiti Alicafe

Pada 14 April 2015, UiTM Seri Iskandar, Perak telah menyertai pertandingan Seni Lukis Dinding Grafiti Alicafe yang melibatkan beberapa buah universiti di Malaysia. Pertandingan ini disertai oleh para pelajar dan di selia oleh seorang Pelukis Grafiti Profasional.
Sepanjang pertandingan ini beberapa aktiviti sampingan telah diadakan antaranya adalah promosi produk dari Alicefe dan juga penerangan serta aktiviti jualan juga dijalankan.
Para pelajar telah diberi permukaan dinding yang bersesuaian di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Perak. Melalui kreativiti dan teknik yang betul hasil tunjuk ajar dari saudara Kenji Chai pelajar telah berpeluang mengetengahkan bakat masing-masing didalam hasil lukisan grafiti ini.







Diharap segala usaha dan penat lelah para pelajar dapat dihargai. Sila berikan sokongan kepada hasilan titik peluh pasukan UITM dan sedia memberi LIKE mulai 1hb Jun 2015 pada gambar hasil karyaan mereka di album

 
(visual awal & akhir diperolehi dari laman FB Alicafe.MY)

Sunday, May 24, 2015

Sophie Lambalet, artist seramik Switzerland.

Art Talk yang di anjurkan oleh pihak UiTM Perak pada 25 Mei 2015 telah membawa artist seramik switzerland yang bergerak aktif dalam menghasilkan karya-karya seramiknya di negaranya. Beliau yang  kini telah bermastautin di Malaysia selama dua tahun masih lagi bergerak aktif menghasilkan karya-karya beliau. 
Sepanjang beliau berada di Malaysia terdapat beberapa pameran seni yang telah beliau sertai antaranya di USM. Kini beliau berkarya berlandaskan kepada keindahan alam semulajadi di Malaysia. 
Sebagai seorang pencinta alam semulajadi beliau mengatakan betapa beliau suka menjadi sebahagian darinya dan ilham penghasilan karyanya juga adalah merujuk kepada keindahan alam itu sendiri. Bila ditanya tentang itu, beliau menjelaskan yang ilham hadir dari hati dan perasaannya dan dari itu ianya berkembang kepada apa yang diketengahkan dalam karya. Melihat dari karya beliau untuk pamiran "The 5th International Ceramic Festival Selsius" jelas sekali bahan kajian beliau adalah dari kesan tinggalan yang dihasilkan oleh ketam-ketam kecil mengorek lubang tempat berlindung di tepian pantai. Pemandangan tersebut seringkali kita temui di tepi-tepi pantai yang mempunyai pasirnya yang halus dan putih. Ia telah menarik perhatian beliau untuk diilhamkan didalam beberapa karya yang dihasilkannya.





Selain dari itu hasil karyanya yang terbaru dan dipamerkan kepada para pelajar di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Perak ini adalah merujuk kepada kekaguman beliau terhadap keindahan dasar laut di Malaysia. Banyak bahan-bahan visual yang telah diperolehi dari pengalamannya sendiri menyelam dan mengambil gambar di perairan Malaysia. 


Ini merupakan sebahagian dari hasil karyanya, beliau yakin bahawa pasti akan ada lebih banyak lagi karya-karya yang akan terhasil kerana keindahan dasar laut di Malaysia begitu unik dan indah sekali.






Semestinya keunikan dan keindahan dalam seni reka seramik ini sentiasa akan menarik perhatianm peminatnya. Satu seni yang menurut beliau menjadi amalan bagi setiap bangsa di dunia namun masing-masing mempunyai keunikan tersendiri sama ada dari segi proses pembikinan ataupun dari segi intipati penghasilan karya. 

Apa yang beliau pelajari ketika berada di Asia adalah hasil seni seramik tidak semestinya harus dalam keadaan yang begitu terukur dan terikat dengan ketepatan tetapi ianya mempunyai maksud yang tersirat dari setiap lengkong, lengkuk dan tebal. Itulah yang menarik selaian mempunyai cerita dan sentuhanya tersendiri.


Wednesday, June 26, 2013

Sempena Olimpik London 2012:Tomes Heatherwick Solo Show di Victoria & Albert Muzium, London

Semasa saya di London menjalankan penyelidikan berkaitan seni cetak bertemakan Tanah Melayu. Saya telah berkesempatan untuk menghadiri pameran solo oleh Thomas Heatherwick.

Beliau yang merupakan pengkarya yang bergerak aktif dalam menghasilkan karya berasaskan kepada seni yang berfungsi. Kebanyakan karyanya telah diguna pakai sebagai rekaan untuk bangunan dan juga pembinaan. Antara reka cipta yang amat dikenali adalah dari rekaan Obor besar Sukan Olimpik London, 2012.

Namun pameran ini tidak dibenarkan untuk dirakamkan gambarnya maka oleh kerana itu saya telah meminjam gambar-gambar pamiran dari beberapa sumber antaranya : http://www.abitare.it/en/architecture/thomas-heatherwick-designing-the-extraordinary/




Diharap perkongsian ini dapat memberi faedah bersama.


Wednesday, April 3, 2013

Hamidi Hadi ANTARA


Geleri Wei-Ling mempersembahkan ANTARA oleh Hamidi Hadi di Wei-Ling Contemporary, The Garden Mall, Kuala Lumpur dari 5 Januari hingga 2 Fabruari 2012 yang lalu. Majlis pembukaan telah berlansung pada 17 Januari 2012. Pameran yang membawa kemeriahan warna melalui percikan, titisan, kesan dan ledakan warna keatas kenvas yang kosong ini merupakan satu titipan emosi si pengkaraya. Hamidi Hadi telah meraikan kemurnian penghasilan seni catan yang menjurus kepada kejituan menghasilkan kesan keatas ruangan kosong. Antara karya-karya beliau, ‘Something Beautiful’ dari bahan cat Enamel, Polyurethane atas kanves, ‘Unavoidable’ bahan cat Enamel, Resin dan Polyurethane atas kanves, ‘In the middle?’ bahan cat Enamel, Polyurethane atas permukaan Aluminum.


3 Karya Tamu


Pada 10 Fabruari 2012, berlansungnya Pembukaan Pameran 3 Karya Tamu di Galeri Seni Universiti Malaya. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Naib Censelor Universiti Malaya, Tan Sri Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon. Pameran yang mempamerkan hasil karya tiga pengkarya tanah air sebagai pengkarya tamu iaitu Johari Said, Yusuf Gajah dan Maamor Jantan. Ini merupakan pameran yang pertama diadakan di galeri tersebut dan juga merupakan karya-karya terbaru yang dihasilkan oleh ketiga-tiga pengkarya. Diharap melalui pameran ini akan menyerlahkan lagi gaya, keunikkan dan kekuatan setiap pengkaya yang menjadi tamu di Geleri Seni Universiti Malaya. Sebagai pengkarya yang cendrung kepada penghasilan seni cetak Johari Said telah menghasilkan karya cetakan yang tidak mengikut kelaziman desiplin tersebut, malahan menghasilkan karya yang penuh dengan symbol dan metafora bagi mengetengahkan pandangan dan tema beliau. Yusuf Gajah yang sering dikenali dengan ikon gajah dalam penghasilan karya yang berbentuk naïf, penghasilan karya yang berwarna warni, meriah dan menarik dipamirkan dengan kepelbagaian yang indah. Manakala, Maamor Jantan yang merupakan pengkarya seni cat air yang punya gaya tersendiri lebih senang berkarya berasaskan kepada keindahan budaya dan alam semulajadi Malaysia. Sesungguhnya geleri yang diperkenalkan pada tahun 2011 adalah bertujuan sebagai sebuah pusat warisan budaya yang bakal menjadi ikon menerusi kajian pemeliharan, baikpulih, pameran, penafsiran dan pembangunan koleksi seni negara.  – AZIAN HJ TAHIR

Tuesday, October 23, 2012

Terbitan Eprint monograf

Penulisan yang telah di terbitkan dalam bentuk Eprint Universiti Teknologi Mara

http://eprints.uitm.edu.my/4296/

Tahir , Azian and Md. Noor, Rosiah (2008) Bahan, teknik dan idea:kajian penghasilan karya seni halus

Monday, March 26, 2012

Gerapan Budaya di Tangan Aznan - March 2012


Sebagai seorang pengkarya seni yang berbakat dan kreatif, Aznan bergerak aktif dalam penghasilan karya daripada bentuk tema satira ke sebuah arca yang mempunyai sifat yang halus serta tinggi nilainya....

Thursday, November 24, 2011

Dewan Budaya terbitan Nov 2011 - DBP

Alhamdulillah akhirnya penulisanku diterbitkan di Dewan Budaya, titipan buat yang sudi membaca dari sudut pandangan ku ini.



Monday, March 28, 2011

The 8th Asia Fiber Art (AFA) Exhibition & Symposium 2011 Malaysia

Abstrak

Setiap pertandingan seni tampak pasti akan memberi keperbagaian dari segi persembahan dan penggunaan bahan. Begitu juga dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman (BMS) yang berprestasi tinggi di Malaysia, di mana pemenangnya diiktiraf sebagai pengkarya seni terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa. Setiap pemenang dinilai oleh para hakim bukan hanya pada idea yang disampaikan malahan dari segi penggunaan teknik dan bahan. Semenjak 36 tahun pertandingan seni rupa kontemporari ini dianjurpkan bagi mencari bakat baru terdapat beberapa karya yang bercirikan ‘Fiber Art’ yang dihasilkan telah berjaya memenangi hadiah utama. Penulisan ini akan membincangkan karya-karya terpilih yang mengaplikasikan media fiber dari aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’ bagi memberi maklumat yang terperinci dengan penyataan yang mudah serta mengenalpasti pengolahan sesebuah karya yang dihasilkan oleh para artis yang terlibat. Kaedah penyelidikan adalah menggunakan pendekatan menerusi rekabentuk ‘Content Analysis’. Kajian merangkumi perkara yang berkaitan idea daripada tema dan pengolahan bahan serta teknik setiap karya terpilih berpandukan kepada teori ‘ Organik Unity’.

Kata kunci: Seni Lukis, Bakat Muda Sezaman, Fiber Art, Analisa

Saturday, March 26, 2011

The ASEAN Conference on Scientific and Social Science Research 2011(ACSSSR2011)

AbstractThe problems of large particles stack in the industry or domestic drains system are not just trivial problems but if they happen factually, these problems can be a major problem not only to the individual but also to the profit of the company. In order to answer these problems the project of Solid Waste Water Extractor has been implemented. This project is concerned on the separation of solid material from wastewater. There are several methods to be conducted, but this innovated product is the best solution as namely physical based separation and using perforated surfaces to separate the particles of a determined physical size. The research objectives are to suggest a solution for the above problem and by using build and test method in this study, a target for solving the problem faces by the industry and domestic has been resulted. The actual mock-up test has shown the accuracy of the product and the result showed that the Solid Waste Water Extractor has met the requirement standard for extraction the large particles extraction. These products are suitable not only for the domestic use but also for the industry.

Keywords Solid Waste, Drainage System, Water Retention, Product Design

Saturday, December 25, 2010

Proses Penghasilan Idea Melalui Penggunaan Peta Minda

KERTAS RENUNGAN

Jodul : Mind Map, The Ultimate Thinking Tool (handbook)

Pengarang : Tony Buzan

Penerbit : Thorsons TM, Harper Collins Publication Limited

Tahun Terbitan : 2005

Tebal : 431 halaman

Pengulas : Azian Haji Tahir

1. Pengenalan

Bagi setiap bidang berteraskan pembelajaran, proses yang dijalankan pasti menjalani perkembangan dan kepelbagaian, untuk itu bidang Seni Lukis dan Seni Reka juga menjurus kepada keperbagaian dalam pengolahan tersebut terutama sekali dalam proses pencarian idea. Ia amat diperlukan kerana untuk menghasilkan karya yang bagus adalah menjadi satu kemestian untuk menghasilkan idea yang terang dan jelas. Sememangnya apabila memperkatakan tentang pencarian idea ianya seolah-olah satu anugerah yang terdapat pada setiap insan kerana pada setiap manusia yang dilahirkan telah terdapat di dalamnya kehendak bagi menghargai seni atau keindahan seperti yang diperkatakan oleh Ahli falsafah Yunani, Plato di dalam bukunya yang berjodul ‘Symposium’ di mana dalam buku ini ia memperkatakan bagi setiap kanak-kanak telah diasuh untuk mengenal pasti keindahan rohaniah yang lebih tinggi nilainya daripada keindahan jasmaniah. Oleh itu keindahan itu merupakan satu penilaian seni. Namun begitu proses untuk menghasilkan seni pula hanya merupakan satu anugerah atau bakat yang hanya boleh didapati pada sesetengah insan sahaja ia dipersetujui oleh Matti Bergstorm (1991), seorang profesor Neurophysiology dari University of Helsinki, Finland, memperkatakan bagaimana idea terbentuk yang pada asasnya terhasil melalui gelombang otak di dalam bukunya, "The Brain's Resources -- a Book about the Origin of Ideas". Kenyataan ini juga disokong oleh C.M. Evertson, E.T. Emmer & M. E. Worsham (2003), di mana mereka memperkatakan pelajar yang memasuki sesebuah pusat pengajian sama ada pengajian tinggi atau rendah semestinya datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, kebolehan dan minat yang berbeza serta kebolehan dan kemahiran yang berbeza. Oleh itu adalah penting untuk mencari jalan yang paling mudah atau paling berkesan bagi mengasah bakat-bakat seni para pelajar di jabatan ini yang sepatutnya terdapat pada insan-insan yang berbakat ini.

Sememangnya mereka ini merupakan insan yang terpilih kerana mengikut peruntukan universiti para pelajar yang akan menjalankan pengajian di UiTM perlu terlebih dahulu ditapis dengan memperolehi kelulusan sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Lukisan dan juga Bahasa Malaysia selain dari itu mereka harus mempunyai kelulusan tiga mata pelajaran yang lain. Dengan alasan ini sememangnya kita beranggapan bahawa para pelajar ini telah layak untuk menghasilkan karya yang menepati kehendak silibus pembelajaran di sini.

Sudah menjadi satu kewajiban dan kemestian untuk pelajar menghasilkan karya dalam gerak kerja kursus mereka. Oleh itu satu jalan perlu diambil bagi memudahkan proses tersebut dan juga proses pencarian idea kerana dalam sistem pendidikan penghasilan karya dalam bentuk akademik ia mempunyai ‘Date line’ atau jangka masa mengikut kehendak silibus yang telah dirancangkan dan dipatuhi, diharap melalui buku ini dengan teknik-teknik yang diperkenalkan akan dapat membantu para pelajar menghadapi proses penghasilan karya mereka dengan lebih sistematik dan teratur. Semua ini disebabkan oleh pendidikan merupakan sesuatu yang berubah-ubah seperti keadaan dunia semasa. A. L. Ramanah (1992) mengatakan “… didapati bahawa keadaan yang terus berubah pada syarikat adalah sepadan dengan keadaan dalam sesebuah organisasi pendidikan…”.

(Kertas Penuh boleh diperolehi dengan menghantar email kepada saya - terima kasih)

Friday, December 10, 2010

Sumbangan Penyelidik dalam Konteks Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh: Azian bte Haji Tahir

Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
UiTM Perak.

1.0 Pengenalan

Pelajar yang memasuki sesebuah pusat pengajian sama ada pengajian tinggi atau rendah semestinya datang dari pelbagai latarbelakang yang berbeza, kebolehan dan minat yang berbeza serta kebolehan dan kemahiran yang berbeza. (C.M..Evertson, E.T. Emmer & M.E. Worshom, 2003) Mereka hadir dengan kehendak serta keperluan yang berbeza juga, maka untuk itu bagi mendapatkan atau memperolehi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saksama dan mantap adalah penting untuk memperolehi atau menyumbangkan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan kepada pengalaman dari sudut pencapaian akademik dengan bantuan penyelidikan.

Oleh itu bagi memastikan bahawa kehendak dari sudut pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik dan berinovasi maka penyelidikan yang dijalankan merupakan sebahagan dari jalan penyelesaian yang berkesan dan perlu dipertingakatkan. Kerana pendidikan merupakan sesuatu yang berubah-ubah seperti keadaan dunia semasa. A.L. Ramanah (1992) mengatakan "...didapati bahawa keadaan yang terus berubah pada syarikat adalah sepadan dnegan keadaan dalam sesebuah organisasi sekolah", beliau merujuk kepada penekanan terhadap guru-guru besar yang menyelaraskan sekolah diperingkat menengah namun begitu ianya adalah sama dengan apa yang berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi. Beliau juga memperkatakan bahawa "...tiada yang tidak berubah, teknologi pengajaran dan pendidikan dan sebaginya, sentiasa berada dalam proses perubahan terutama sekali dalam amasa refomasi pendididkan yang berterusan ini." Perubahan tetap akan berlaku dan apabila ianya berlaku maka pendekatan yang paling strategik dan berinovatif perlu diperolehi bagi menyelaraskan bidang pendidikan dengan dunia luar.

Dengan itu melalui penyelidikan, tenaga pengajar boleh merangka proses pengajaran dan pembelajaran untuk sesebuah kelas atau matapelajaran yang dijalankan. Proses penyelidikan ini boleh dimulakan sama ada sebelum bermulanya sesebuah kelas atau sebaliknya. Maka melalui penyelidikan mereka boleh merangka plan jangka panjang serta mengorak langkah dlam pengurusan pembelajaran yang terbaik sebelum tahun pembelajaran tersebut dimulakan dan yang penting sekali adalah menyusun dari segi pengurusan dan strategi dan penambah baikan bagi tahun akan datang.

2.0 Perkembangan Penyelidikan

Perkembangan penyelidikan ini berlaku dari kurun ke tujuh belas lagi dimana melalui perkataan 'Berfikir' ia telah menjadi begitu sinonim dengan kelakuan yang merangkumi gerak kerja memerhati, menyoal, menyelidik , menganalisa dan menghasilkan. Itulah yang diperkatakan sebagai berfikiran kritikal oleh Susan M. Hubbuch (1989), beliau memperjelaskan perkara ini dalam kertas kerja beliau yang bertajuk "Writing Research Paper Across the Curriculum". Jelas disini bagaimana penyelidikan itu merupakan satu pendekatan yang membawa kepada pencarian yang boleh memberi sumbangan yang banyak bagi setiap persoalan yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga yang diperkatakan oleh Wallen (1984) beliau menerangkan bahawa dalam dunia yang begitu sofisikated sekarang ini semua perlu menghasilkan penyelidikan, ia adalah untuk memperolehi kualitu yang terbaik bagi setiap produk yang dihasilkan, ia merangkumi guru, kaunselor, pengurusan, ibubapa dan juga pelajar itu sendiri bagi memastikan mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan bagi menjalankan tugas masing-masing.
Sesunguhnya melalui perkembangan kearah penyelidikan nyata, ia merupakan satu pendekatan yang membawa kepa jawapan bagi pencari keputusan kepada sesuatu persoalan seperti diperkatakan oleh Emmar & Verwels 1998; Chaen1994; Slaven Savin (1995) yang bermaksud penyelidikan telah mengenal pasti beberatpa stratergi yang sangat efektif terhadap kumpulan-kumpulan yang difokuskan. Begitu juga dengan Wade, Abramim Poulsen & Chambers (1995) mereka memperkatakan bagaimanan kumpulan besar dari pelajar yang terlibat dengan penyelidikan yang dijalankan mempunyai keputusan dan kejayaan yang tinggi atau lebih daripada individu atau kumpulan yang tidak didalam kumpulan yang dikaji.

3.0 Objektif Penyelidikkan

Penyelidikan mempunyai objektif yang sememangnya untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Oleh itu jelas sekali bahawa dengan adanya penyelidikan berkaitan topik tertentu dapat membawa atau meamndu tenaga pengajar dalam proses pencarian jawapan bagi persoalan yang diutarakan. Contohnya seperti kes yang dikaji oleh Nor Azni Addullah (2000), dimana penyelidik cuba mendapakan jawapan bagi masalah berkaitan proses pembelajaran Bahasa Inggeris dan melalui penyelidikan beliau memperolehi jawapan bahawa jumlah kesilapan berkaitan bahasa dalam kelas dalam jangkamasa semester boleh dapat diperbaiki melalui kaedah yang dicadangka pada awal penyelidikan tersebut.

Selain dari itu penyelidikan juga mempunyai objektif untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan yang penting umpamanya bagaimana mengasingkan antara yang penting atau tidak , bagaimana mengambarkan atau general idea tentang bahan-bahan yang diperolehi, bagaimana merancang perbelanjaan atau bajet untuk masa hadapan dari segi kewangan dan masa serta menjalankan projek yang dirangka dengan lebih consistent (Anthony CWinkler & Jo Ray McCuen , 1985)

3.1 Oleh itu objektif penyelidikan boleh dikatagorikan kepada berikut:

3.11 Mencari - ia merangkumi pencarian jalan penyelesaian terhadap sesebuah permasalahan atau perkaray yang boleh diperbaiki atau penambahbaikan yang boleh digunapakai pada subjek yang difokuskan sebagai model kepada semua didalan industri pendidikan.

3.1.2 Merangka - Melalui penyelidikan dapat menjana atau merangka sesuatu yang lebih besar seperti dasar korikulum, teknologi, program dan sebaginya didalam bidang akademik.

3.1.3 Merancang - Makanya penyelidikan sudah tentu dapat menyumbang untuk pencapaian atau perancangan baget keangan boleh dijalankan untuk sesebuah projek atau perancangan masa hadapan yang lebih efektif dan menjimatkan.

Sesungguhnya proses-proses tersebut boleh disumbangkan dari penemuan-penemuan penyelidikan yang diperolehi sama ada dari sudut kualitatif atau kuantitatif. Hasilan ini akan menjadi satu format atau inovasi dalam memperbaiki atau menambah baik proses pengajaran, pembelajaran dan penilaian pelbagai bidang akedemik. Semestinya apa yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan kepada persoalan dan penyelesaian yang bersesuaian denagn keadaan sosial setempat yang ada berhubungkait denang sesebuah penyelidikan yang telah dijalankan.

4.0 Sumbangan Penyelidikkan

Setiapkali penyelidikan yang dihasilkan keberkesanan dan sumbangan yang diperolehi boleh dikatakan hampir kesemuanya boleh digunapakai kerana menurut A. L. Ramanah (1992), penyelidikan keberkesanan sekolah berulang kali mengenal pasti beberapa pemboleh ubahan yang ada kaitan dengan sekolah yang berjaya. Penyelidikan bukan sahaja memberi sumbangan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, ianya juga merangkumi kepada usaha untuk mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi. Melalui penyelidikan persalan berkaitan kedfektifan sesuatu keputusan dari segi kepimpinan itu dapat di pantau dan dibentuk ianya bukan sahaja merangkumi aspek persekitaran dan unsur sekolah tersebut malahan jauh lebih tinggi.

Melalui hasilan kajian itu juga boleh dijadikan panuan kepada semua pihak , sama ada pengurusan ataupun tenaga pengajar yang sedang berkhidmat, dan juga sebagai rujukan bagi merangka atau merancang sebarang aktiviti atau progarm latiha kepada mereka. Penyelidikan boleh menjadi panduan yang membolehkan perancangan masa depan yang lebih terperinci dan terbaik bukan sahaja kepada pengamal malahan kepada mereka yang berkaitan dengannya. Melalui perolehan-perolehan tersebut penjimatan boleh diperolehi bukan sahaja dari sudut keangan malahan dari sudur masa yang tidak dapat dilihat secara fizikal.

5.0 Rumusan

Penyelidikan yang efektif adalah bergantung kepada perolehan yang amat berguna dari segi pembelajaran, penilaian, pemantauan dan juga pengurusan pembelajaran. Penyelidikan yang dihasilkan ini perlu dilaksananakan dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran kerana melaui penemuan dari penyelidkikan itu akan memjadi satu petunjuk atau kayu pengukur arah untuk merangka strategi didalam proses pembelajaran danjuga di dalam menghasilkan rangka silibus pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Pelaksanaan ini akan efektif berdasarkan perancangan yang sistematik serta penyelidikan akan memberi jawapan terhadap permasalahan yang diutarakan dimana apabila merujuk kepada 'Couse-and-effect' ternyata bahawa penyelidikan sememangnya berpotensi untuk memberi jawapan yang bersesuaian sepertimana yang diharapkan didalam bidang ini. Oleh itu objektif dan matlamat penyelidikan akan tercapai jika proses penghasilan ini dapat digambarkan melalui penghasilan graduan yang berpengatahuan tinggi dengan kemahiran dan berketerampilan , seperti yang terkandung dalam objektif kualiti UiTM terhadap graduannya.

Rujukan

A.L. Ramanah (1992), Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini, IBS Book Sdn Bhd, Kuala Lumpur

A. C. Winkler & J. R. McCuen (1985), Writing The Research Paper, A Handbook, 2nd Edition, Harcout Brance Jovanovich, Publisher Inc. US.

C. M. Eventson, E. T. Emmer & M.E. Worshom (2003), Classroom, Management, for Elementary Teachers, Pearson Education, USA.

N.A. Abdullah (2000), "Focussed Editing": A Strategy to reduce Grammatical Errors in Writing, UiTM, MAL.

S.M. Hubbuch (1989), "Writing Research Paper Across the Curriculum", USA.

S. Shamsuri (2004), Research Methods for the Social Sciences, Made Simple, DSS Publishing Enterprise, KL.


Thursday, August 26, 2010

Kenapa Pelajar Lebih Berminat Pada Bidang Grafik Berbanding Seni Halus


Kenapa pelajar lebih berminat pada bidang 'Grafik' berbanding 'Seni Halus'?... sedangkan seni halus ini adalah ibu segala seni...dan Latiff Mohidin sebagai salah seorang artist besar di Malaysia ada menulis didalam bukunya 'Dari titik ke titik' bahawa tidak semua rakan2 sepengajiannya menjadi 'Artist' mereka malahan menjadi 'Pengkritik Seni', 'Sejarawan Seni', 'Kurator Pameran', 'Art Collector'...mahupun 'Pengarah Seni' yang sememangnya mengetuai syarikat 'Grafik' itu sendiri, jadi kenapa 'Seni Halus' ini tidak menjadi pilihan...adakah para pelajar tidak nampak haluan pengajian ini? atau kita tidak cuba menghuraikan untuk mereka tentang pengajian kita ini. Oleh itu apa yang berlaku sekarang hanya bidang yang sentiasa di iklankan dalam media massa akan menjadi pilihan hinggakan para pelajar buta tentang apa yang 'Seni Halus' boleh tawarkan?

Saya utarakan perkara ini kerana kerisauan dengan keadaan masa sekarang, memang benar rata-rata bila ditanya kepada para pelajar mereka sebenarnya risaukan soal mendapatkan perkerjaan selepas tamat belajar, di minda mereka bidang yang paling senang dapat kerja itu yang harus dipilih kerana kebanyakan mereka berasal dari keluarga yang miskin atau sederhana...jika berada didalam bidang 'Seni Halus' mereka berfikir hanya boleh menjadi 'Artist' sahaja, sedang kan dari 'Art Talk' yang mereka hadiri kebanyakan artist-artist yang datang akan memaklumkan bagaimana mereka sebagai 'Artist' ini harus menempuh berbagai dugaan untuk menggaup keuntungan dikemudian hari, ada yang bercerita ianya hanya mereka perolehi setelah menderita hampir seabad!!!. Jadi mengapa perlu menempuh semua itu sedangkan tujuan sebenar untuk melanjutkan pelajaran adalah untuk membantu ibubapa mereka di kampung halaman yang telah berhempas pulas mencari rezeki bagi memberi pelajaran setinggi mungkin kepada mereka?

Saya berfikir ...mungkin hanya saya yang berfikir, mungkin sampai masanya kita jangan tekankan kepada para pelajar yang mereka akan jadi 'Artist' akan untung besar kerana karya akan terjual berribu-ribu malahan berjuta ringgit, tetapi bagi mereka pilihan jika kamu tidak mahu menjadi 'Artist besar', kamu masih ada pilihan lain walaupun berada didalam bidang 'Seni Halus'. Kamu masih boleh memperoleh rezeki selain menjadi 'Artist Besar' dan perkerjaan yang boleh kamu pilih adalah sekian,sekian dan sekian....bagi yang bernasib baik 'Ya' apa salahnya jadilah 'Artist Besar' di Malaysia tapi harus tamat pengajian dulu jalani pengajian dengan hati yang redo dan menempuhi setiap pelajaran sebaik yang munggkin buktikan 'Seni Halus' ini bukan sekadar syok sendiri malahan mempunyai masa depan dalam semua bidang dan cabang seni diarena perkerjaan serata dunia bukan hanya di Malaysia.