Wednesday, April 3, 2013

3 Karya Tamu


Pada 10 Fabruari 2012, berlansungnya Pembukaan Pameran 3 Karya Tamu di Galeri Seni Universiti Malaya. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Naib Censelor Universiti Malaya, Tan Sri Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon. Pameran yang mempamerkan hasil karya tiga pengkarya tanah air sebagai pengkarya tamu iaitu Johari Said, Yusuf Gajah dan Maamor Jantan. Ini merupakan pameran yang pertama diadakan di galeri tersebut dan juga merupakan karya-karya terbaru yang dihasilkan oleh ketiga-tiga pengkarya. Diharap melalui pameran ini akan menyerlahkan lagi gaya, keunikkan dan kekuatan setiap pengkaya yang menjadi tamu di Geleri Seni Universiti Malaya. Sebagai pengkarya yang cendrung kepada penghasilan seni cetak Johari Said telah menghasilkan karya cetakan yang tidak mengikut kelaziman desiplin tersebut, malahan menghasilkan karya yang penuh dengan symbol dan metafora bagi mengetengahkan pandangan dan tema beliau. Yusuf Gajah yang sering dikenali dengan ikon gajah dalam penghasilan karya yang berbentuk naïf, penghasilan karya yang berwarna warni, meriah dan menarik dipamirkan dengan kepelbagaian yang indah. Manakala, Maamor Jantan yang merupakan pengkarya seni cat air yang punya gaya tersendiri lebih senang berkarya berasaskan kepada keindahan budaya dan alam semulajadi Malaysia. Sesungguhnya geleri yang diperkenalkan pada tahun 2011 adalah bertujuan sebagai sebuah pusat warisan budaya yang bakal menjadi ikon menerusi kajian pemeliharan, baikpulih, pameran, penafsiran dan pembangunan koleksi seni negara.  – AZIAN HJ TAHIR

No comments:

Post a Comment