Sesungguhnya apabila menghasilkan satu karya yang melibatkan kritikan sosial penghasil tidak harus hanya melihat dari satu sudut sahaja iaitu kritik. Penglihatan dan pengkajian haruslah menyeluruh agar penghasilan karya tidak kelihatan cetak dari segi pengkajian makna. Seringkali kita melihat apabila pengkarya yang lebih cenderung pada satu arah akan terperangkap dengan soalan-soalan berlandaskan kajian atau fakta yang mempunyai data sebenar dari penyelidikan-penyelidikan dari pihak lain. Namun begitu bagi mencari jalan singkat kadang kala pengkarya mula memberi jawapan sinis seolah-oleh yang memberi maklumat dan data itu sebenarnya lebih cenderung pada pihak yang mereka kritik. Sedangkan mereka sebenarnya cuba mencari jawapan dari penghasilan visual yang dibentangkan dihadapan mereka.