Saturday, December 25, 2010

Proses Penghasilan Idea Melalui Penggunaan Peta Minda

KERTAS RENUNGAN

Jodul : Mind Map, The Ultimate Thinking Tool (handbook)

Pengarang : Tony Buzan

Penerbit : Thorsons TM, Harper Collins Publication Limited

Tahun Terbitan : 2005

Tebal : 431 halaman

Pengulas : Azian Haji Tahir

1. Pengenalan

Bagi setiap bidang berteraskan pembelajaran, proses yang dijalankan pasti menjalani perkembangan dan kepelbagaian, untuk itu bidang Seni Lukis dan Seni Reka juga menjurus kepada keperbagaian dalam pengolahan tersebut terutama sekali dalam proses pencarian idea. Ia amat diperlukan kerana untuk menghasilkan karya yang bagus adalah menjadi satu kemestian untuk menghasilkan idea yang terang dan jelas. Sememangnya apabila memperkatakan tentang pencarian idea ianya seolah-olah satu anugerah yang terdapat pada setiap insan kerana pada setiap manusia yang dilahirkan telah terdapat di dalamnya kehendak bagi menghargai seni atau keindahan seperti yang diperkatakan oleh Ahli falsafah Yunani, Plato di dalam bukunya yang berjodul ‘Symposium’ di mana dalam buku ini ia memperkatakan bagi setiap kanak-kanak telah diasuh untuk mengenal pasti keindahan rohaniah yang lebih tinggi nilainya daripada keindahan jasmaniah. Oleh itu keindahan itu merupakan satu penilaian seni. Namun begitu proses untuk menghasilkan seni pula hanya merupakan satu anugerah atau bakat yang hanya boleh didapati pada sesetengah insan sahaja ia dipersetujui oleh Matti Bergstorm (1991), seorang profesor Neurophysiology dari University of Helsinki, Finland, memperkatakan bagaimana idea terbentuk yang pada asasnya terhasil melalui gelombang otak di dalam bukunya, "The Brain's Resources -- a Book about the Origin of Ideas". Kenyataan ini juga disokong oleh C.M. Evertson, E.T. Emmer & M. E. Worsham (2003), di mana mereka memperkatakan pelajar yang memasuki sesebuah pusat pengajian sama ada pengajian tinggi atau rendah semestinya datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, kebolehan dan minat yang berbeza serta kebolehan dan kemahiran yang berbeza. Oleh itu adalah penting untuk mencari jalan yang paling mudah atau paling berkesan bagi mengasah bakat-bakat seni para pelajar di jabatan ini yang sepatutnya terdapat pada insan-insan yang berbakat ini.

Sememangnya mereka ini merupakan insan yang terpilih kerana mengikut peruntukan universiti para pelajar yang akan menjalankan pengajian di UiTM perlu terlebih dahulu ditapis dengan memperolehi kelulusan sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Lukisan dan juga Bahasa Malaysia selain dari itu mereka harus mempunyai kelulusan tiga mata pelajaran yang lain. Dengan alasan ini sememangnya kita beranggapan bahawa para pelajar ini telah layak untuk menghasilkan karya yang menepati kehendak silibus pembelajaran di sini.

Sudah menjadi satu kewajiban dan kemestian untuk pelajar menghasilkan karya dalam gerak kerja kursus mereka. Oleh itu satu jalan perlu diambil bagi memudahkan proses tersebut dan juga proses pencarian idea kerana dalam sistem pendidikan penghasilan karya dalam bentuk akademik ia mempunyai ‘Date line’ atau jangka masa mengikut kehendak silibus yang telah dirancangkan dan dipatuhi, diharap melalui buku ini dengan teknik-teknik yang diperkenalkan akan dapat membantu para pelajar menghadapi proses penghasilan karya mereka dengan lebih sistematik dan teratur. Semua ini disebabkan oleh pendidikan merupakan sesuatu yang berubah-ubah seperti keadaan dunia semasa. A. L. Ramanah (1992) mengatakan “… didapati bahawa keadaan yang terus berubah pada syarikat adalah sepadan dengan keadaan dalam sesebuah organisasi pendidikan…”.

(Kertas Penuh boleh diperolehi dengan menghantar email kepada saya - terima kasih)

No comments:

Post a Comment