Saturday, December 25, 2010

Proses Penghasilan Idea Melalui Penggunaan Peta Minda

KERTAS RENUNGAN

Jodul : Mind Map, The Ultimate Thinking Tool (handbook)

Pengarang : Tony Buzan

Penerbit : Thorsons TM, Harper Collins Publication Limited

Tahun Terbitan : 2005

Tebal : 431 halaman

Pengulas : Azian Haji Tahir

1. Pengenalan

Bagi setiap bidang berteraskan pembelajaran, proses yang dijalankan pasti menjalani perkembangan dan kepelbagaian, untuk itu bidang Seni Lukis dan Seni Reka juga menjurus kepada keperbagaian dalam pengolahan tersebut terutama sekali dalam proses pencarian idea. Ia amat diperlukan kerana untuk menghasilkan karya yang bagus adalah menjadi satu kemestian untuk menghasilkan idea yang terang dan jelas. Sememangnya apabila memperkatakan tentang pencarian idea ianya seolah-olah satu anugerah yang terdapat pada setiap insan kerana pada setiap manusia yang dilahirkan telah terdapat di dalamnya kehendak bagi menghargai seni atau keindahan seperti yang diperkatakan oleh Ahli falsafah Yunani, Plato di dalam bukunya yang berjodul ‘Symposium’ di mana dalam buku ini ia memperkatakan bagi setiap kanak-kanak telah diasuh untuk mengenal pasti keindahan rohaniah yang lebih tinggi nilainya daripada keindahan jasmaniah. Oleh itu keindahan itu merupakan satu penilaian seni. Namun begitu proses untuk menghasilkan seni pula hanya merupakan satu anugerah atau bakat yang hanya boleh didapati pada sesetengah insan sahaja ia dipersetujui oleh Matti Bergstorm (1991), seorang profesor Neurophysiology dari University of Helsinki, Finland, memperkatakan bagaimana idea terbentuk yang pada asasnya terhasil melalui gelombang otak di dalam bukunya, "The Brain's Resources -- a Book about the Origin of Ideas". Kenyataan ini juga disokong oleh C.M. Evertson, E.T. Emmer & M. E. Worsham (2003), di mana mereka memperkatakan pelajar yang memasuki sesebuah pusat pengajian sama ada pengajian tinggi atau rendah semestinya datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, kebolehan dan minat yang berbeza serta kebolehan dan kemahiran yang berbeza. Oleh itu adalah penting untuk mencari jalan yang paling mudah atau paling berkesan bagi mengasah bakat-bakat seni para pelajar di jabatan ini yang sepatutnya terdapat pada insan-insan yang berbakat ini.

Sememangnya mereka ini merupakan insan yang terpilih kerana mengikut peruntukan universiti para pelajar yang akan menjalankan pengajian di UiTM perlu terlebih dahulu ditapis dengan memperolehi kelulusan sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Lukisan dan juga Bahasa Malaysia selain dari itu mereka harus mempunyai kelulusan tiga mata pelajaran yang lain. Dengan alasan ini sememangnya kita beranggapan bahawa para pelajar ini telah layak untuk menghasilkan karya yang menepati kehendak silibus pembelajaran di sini.

Sudah menjadi satu kewajiban dan kemestian untuk pelajar menghasilkan karya dalam gerak kerja kursus mereka. Oleh itu satu jalan perlu diambil bagi memudahkan proses tersebut dan juga proses pencarian idea kerana dalam sistem pendidikan penghasilan karya dalam bentuk akademik ia mempunyai ‘Date line’ atau jangka masa mengikut kehendak silibus yang telah dirancangkan dan dipatuhi, diharap melalui buku ini dengan teknik-teknik yang diperkenalkan akan dapat membantu para pelajar menghadapi proses penghasilan karya mereka dengan lebih sistematik dan teratur. Semua ini disebabkan oleh pendidikan merupakan sesuatu yang berubah-ubah seperti keadaan dunia semasa. A. L. Ramanah (1992) mengatakan “… didapati bahawa keadaan yang terus berubah pada syarikat adalah sepadan dengan keadaan dalam sesebuah organisasi pendidikan…”.

(Kertas Penuh boleh diperolehi dengan menghantar email kepada saya - terima kasih)

Friday, December 10, 2010

Sumbangan Penyelidik dalam Konteks Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh: Azian bte Haji Tahir

Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
UiTM Perak.

1.0 Pengenalan

Pelajar yang memasuki sesebuah pusat pengajian sama ada pengajian tinggi atau rendah semestinya datang dari pelbagai latarbelakang yang berbeza, kebolehan dan minat yang berbeza serta kebolehan dan kemahiran yang berbeza. (C.M..Evertson, E.T. Emmer & M.E. Worshom, 2003) Mereka hadir dengan kehendak serta keperluan yang berbeza juga, maka untuk itu bagi mendapatkan atau memperolehi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saksama dan mantap adalah penting untuk memperolehi atau menyumbangkan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan kepada pengalaman dari sudut pencapaian akademik dengan bantuan penyelidikan.

Oleh itu bagi memastikan bahawa kehendak dari sudut pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik dan berinovasi maka penyelidikan yang dijalankan merupakan sebahagan dari jalan penyelesaian yang berkesan dan perlu dipertingakatkan. Kerana pendidikan merupakan sesuatu yang berubah-ubah seperti keadaan dunia semasa. A.L. Ramanah (1992) mengatakan "...didapati bahawa keadaan yang terus berubah pada syarikat adalah sepadan dnegan keadaan dalam sesebuah organisasi sekolah", beliau merujuk kepada penekanan terhadap guru-guru besar yang menyelaraskan sekolah diperingkat menengah namun begitu ianya adalah sama dengan apa yang berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi. Beliau juga memperkatakan bahawa "...tiada yang tidak berubah, teknologi pengajaran dan pendidikan dan sebaginya, sentiasa berada dalam proses perubahan terutama sekali dalam amasa refomasi pendididkan yang berterusan ini." Perubahan tetap akan berlaku dan apabila ianya berlaku maka pendekatan yang paling strategik dan berinovatif perlu diperolehi bagi menyelaraskan bidang pendidikan dengan dunia luar.

Dengan itu melalui penyelidikan, tenaga pengajar boleh merangka proses pengajaran dan pembelajaran untuk sesebuah kelas atau matapelajaran yang dijalankan. Proses penyelidikan ini boleh dimulakan sama ada sebelum bermulanya sesebuah kelas atau sebaliknya. Maka melalui penyelidikan mereka boleh merangka plan jangka panjang serta mengorak langkah dlam pengurusan pembelajaran yang terbaik sebelum tahun pembelajaran tersebut dimulakan dan yang penting sekali adalah menyusun dari segi pengurusan dan strategi dan penambah baikan bagi tahun akan datang.

2.0 Perkembangan Penyelidikan

Perkembangan penyelidikan ini berlaku dari kurun ke tujuh belas lagi dimana melalui perkataan 'Berfikir' ia telah menjadi begitu sinonim dengan kelakuan yang merangkumi gerak kerja memerhati, menyoal, menyelidik , menganalisa dan menghasilkan. Itulah yang diperkatakan sebagai berfikiran kritikal oleh Susan M. Hubbuch (1989), beliau memperjelaskan perkara ini dalam kertas kerja beliau yang bertajuk "Writing Research Paper Across the Curriculum". Jelas disini bagaimana penyelidikan itu merupakan satu pendekatan yang membawa kepada pencarian yang boleh memberi sumbangan yang banyak bagi setiap persoalan yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga yang diperkatakan oleh Wallen (1984) beliau menerangkan bahawa dalam dunia yang begitu sofisikated sekarang ini semua perlu menghasilkan penyelidikan, ia adalah untuk memperolehi kualitu yang terbaik bagi setiap produk yang dihasilkan, ia merangkumi guru, kaunselor, pengurusan, ibubapa dan juga pelajar itu sendiri bagi memastikan mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan bagi menjalankan tugas masing-masing.
Sesunguhnya melalui perkembangan kearah penyelidikan nyata, ia merupakan satu pendekatan yang membawa kepa jawapan bagi pencari keputusan kepada sesuatu persoalan seperti diperkatakan oleh Emmar & Verwels 1998; Chaen1994; Slaven Savin (1995) yang bermaksud penyelidikan telah mengenal pasti beberatpa stratergi yang sangat efektif terhadap kumpulan-kumpulan yang difokuskan. Begitu juga dengan Wade, Abramim Poulsen & Chambers (1995) mereka memperkatakan bagaimanan kumpulan besar dari pelajar yang terlibat dengan penyelidikan yang dijalankan mempunyai keputusan dan kejayaan yang tinggi atau lebih daripada individu atau kumpulan yang tidak didalam kumpulan yang dikaji.

3.0 Objektif Penyelidikkan

Penyelidikan mempunyai objektif yang sememangnya untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Oleh itu jelas sekali bahawa dengan adanya penyelidikan berkaitan topik tertentu dapat membawa atau meamndu tenaga pengajar dalam proses pencarian jawapan bagi persoalan yang diutarakan. Contohnya seperti kes yang dikaji oleh Nor Azni Addullah (2000), dimana penyelidik cuba mendapakan jawapan bagi masalah berkaitan proses pembelajaran Bahasa Inggeris dan melalui penyelidikan beliau memperolehi jawapan bahawa jumlah kesilapan berkaitan bahasa dalam kelas dalam jangkamasa semester boleh dapat diperbaiki melalui kaedah yang dicadangka pada awal penyelidikan tersebut.

Selain dari itu penyelidikan juga mempunyai objektif untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan yang penting umpamanya bagaimana mengasingkan antara yang penting atau tidak , bagaimana mengambarkan atau general idea tentang bahan-bahan yang diperolehi, bagaimana merancang perbelanjaan atau bajet untuk masa hadapan dari segi kewangan dan masa serta menjalankan projek yang dirangka dengan lebih consistent (Anthony CWinkler & Jo Ray McCuen , 1985)

3.1 Oleh itu objektif penyelidikan boleh dikatagorikan kepada berikut:

3.11 Mencari - ia merangkumi pencarian jalan penyelesaian terhadap sesebuah permasalahan atau perkaray yang boleh diperbaiki atau penambahbaikan yang boleh digunapakai pada subjek yang difokuskan sebagai model kepada semua didalan industri pendidikan.

3.1.2 Merangka - Melalui penyelidikan dapat menjana atau merangka sesuatu yang lebih besar seperti dasar korikulum, teknologi, program dan sebaginya didalam bidang akademik.

3.1.3 Merancang - Makanya penyelidikan sudah tentu dapat menyumbang untuk pencapaian atau perancangan baget keangan boleh dijalankan untuk sesebuah projek atau perancangan masa hadapan yang lebih efektif dan menjimatkan.

Sesungguhnya proses-proses tersebut boleh disumbangkan dari penemuan-penemuan penyelidikan yang diperolehi sama ada dari sudut kualitatif atau kuantitatif. Hasilan ini akan menjadi satu format atau inovasi dalam memperbaiki atau menambah baik proses pengajaran, pembelajaran dan penilaian pelbagai bidang akedemik. Semestinya apa yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan kepada persoalan dan penyelesaian yang bersesuaian denagn keadaan sosial setempat yang ada berhubungkait denang sesebuah penyelidikan yang telah dijalankan.

4.0 Sumbangan Penyelidikkan

Setiapkali penyelidikan yang dihasilkan keberkesanan dan sumbangan yang diperolehi boleh dikatakan hampir kesemuanya boleh digunapakai kerana menurut A. L. Ramanah (1992), penyelidikan keberkesanan sekolah berulang kali mengenal pasti beberapa pemboleh ubahan yang ada kaitan dengan sekolah yang berjaya. Penyelidikan bukan sahaja memberi sumbangan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, ianya juga merangkumi kepada usaha untuk mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi. Melalui penyelidikan persalan berkaitan kedfektifan sesuatu keputusan dari segi kepimpinan itu dapat di pantau dan dibentuk ianya bukan sahaja merangkumi aspek persekitaran dan unsur sekolah tersebut malahan jauh lebih tinggi.

Melalui hasilan kajian itu juga boleh dijadikan panuan kepada semua pihak , sama ada pengurusan ataupun tenaga pengajar yang sedang berkhidmat, dan juga sebagai rujukan bagi merangka atau merancang sebarang aktiviti atau progarm latiha kepada mereka. Penyelidikan boleh menjadi panduan yang membolehkan perancangan masa depan yang lebih terperinci dan terbaik bukan sahaja kepada pengamal malahan kepada mereka yang berkaitan dengannya. Melalui perolehan-perolehan tersebut penjimatan boleh diperolehi bukan sahaja dari sudut keangan malahan dari sudur masa yang tidak dapat dilihat secara fizikal.

5.0 Rumusan

Penyelidikan yang efektif adalah bergantung kepada perolehan yang amat berguna dari segi pembelajaran, penilaian, pemantauan dan juga pengurusan pembelajaran. Penyelidikan yang dihasilkan ini perlu dilaksananakan dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran kerana melaui penemuan dari penyelidkikan itu akan memjadi satu petunjuk atau kayu pengukur arah untuk merangka strategi didalam proses pembelajaran danjuga di dalam menghasilkan rangka silibus pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Pelaksanaan ini akan efektif berdasarkan perancangan yang sistematik serta penyelidikan akan memberi jawapan terhadap permasalahan yang diutarakan dimana apabila merujuk kepada 'Couse-and-effect' ternyata bahawa penyelidikan sememangnya berpotensi untuk memberi jawapan yang bersesuaian sepertimana yang diharapkan didalam bidang ini. Oleh itu objektif dan matlamat penyelidikan akan tercapai jika proses penghasilan ini dapat digambarkan melalui penghasilan graduan yang berpengatahuan tinggi dengan kemahiran dan berketerampilan , seperti yang terkandung dalam objektif kualiti UiTM terhadap graduannya.

Rujukan

A.L. Ramanah (1992), Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini, IBS Book Sdn Bhd, Kuala Lumpur

A. C. Winkler & J. R. McCuen (1985), Writing The Research Paper, A Handbook, 2nd Edition, Harcout Brance Jovanovich, Publisher Inc. US.

C. M. Eventson, E. T. Emmer & M.E. Worshom (2003), Classroom, Management, for Elementary Teachers, Pearson Education, USA.

N.A. Abdullah (2000), "Focussed Editing": A Strategy to reduce Grammatical Errors in Writing, UiTM, MAL.

S.M. Hubbuch (1989), "Writing Research Paper Across the Curriculum", USA.

S. Shamsuri (2004), Research Methods for the Social Sciences, Made Simple, DSS Publishing Enterprise, KL.