Thursday, August 26, 2010

Kenapa Pelajar Lebih Berminat Pada Bidang Grafik Berbanding Seni Halus


Kenapa pelajar lebih berminat pada bidang 'Grafik' berbanding 'Seni Halus'?... sedangkan seni halus ini adalah ibu segala seni...dan Latiff Mohidin sebagai salah seorang artist besar di Malaysia ada menulis didalam bukunya 'Dari titik ke titik' bahawa tidak semua rakan2 sepengajiannya menjadi 'Artist' mereka malahan menjadi 'Pengkritik Seni', 'Sejarawan Seni', 'Kurator Pameran', 'Art Collector'...mahupun 'Pengarah Seni' yang sememangnya mengetuai syarikat 'Grafik' itu sendiri, jadi kenapa 'Seni Halus' ini tidak menjadi pilihan...adakah para pelajar tidak nampak haluan pengajian ini? atau kita tidak cuba menghuraikan untuk mereka tentang pengajian kita ini. Oleh itu apa yang berlaku sekarang hanya bidang yang sentiasa di iklankan dalam media massa akan menjadi pilihan hinggakan para pelajar buta tentang apa yang 'Seni Halus' boleh tawarkan?

Saya utarakan perkara ini kerana kerisauan dengan keadaan masa sekarang, memang benar rata-rata bila ditanya kepada para pelajar mereka sebenarnya risaukan soal mendapatkan perkerjaan selepas tamat belajar, di minda mereka bidang yang paling senang dapat kerja itu yang harus dipilih kerana kebanyakan mereka berasal dari keluarga yang miskin atau sederhana...jika berada didalam bidang 'Seni Halus' mereka berfikir hanya boleh menjadi 'Artist' sahaja, sedang kan dari 'Art Talk' yang mereka hadiri kebanyakan artist-artist yang datang akan memaklumkan bagaimana mereka sebagai 'Artist' ini harus menempuh berbagai dugaan untuk menggaup keuntungan dikemudian hari, ada yang bercerita ianya hanya mereka perolehi setelah menderita hampir seabad!!!. Jadi mengapa perlu menempuh semua itu sedangkan tujuan sebenar untuk melanjutkan pelajaran adalah untuk membantu ibubapa mereka di kampung halaman yang telah berhempas pulas mencari rezeki bagi memberi pelajaran setinggi mungkin kepada mereka?

Saya berfikir ...mungkin hanya saya yang berfikir, mungkin sampai masanya kita jangan tekankan kepada para pelajar yang mereka akan jadi 'Artist' akan untung besar kerana karya akan terjual berribu-ribu malahan berjuta ringgit, tetapi bagi mereka pilihan jika kamu tidak mahu menjadi 'Artist besar', kamu masih ada pilihan lain walaupun berada didalam bidang 'Seni Halus'. Kamu masih boleh memperoleh rezeki selain menjadi 'Artist Besar' dan perkerjaan yang boleh kamu pilih adalah sekian,sekian dan sekian....bagi yang bernasib baik 'Ya' apa salahnya jadilah 'Artist Besar' di Malaysia tapi harus tamat pengajian dulu jalani pengajian dengan hati yang redo dan menempuhi setiap pelajaran sebaik yang munggkin buktikan 'Seni Halus' ini bukan sekadar syok sendiri malahan mempunyai masa depan dalam semua bidang dan cabang seni diarena perkerjaan serata dunia bukan hanya di Malaysia.

No comments:

Post a Comment