Azian Haji Tahir dan Rosiah Md Noor
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Kampus Seri Iskandar
Bakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni rupa kontemporari untuk mencari bakat baru di dalam penghasilan karya seni yang berprestasi tinggi di Malaysia. Pemenangnya diiktiraf sebagai pengkarya seni terbaik di Malaysia juga di peringkat antarabangsa. Namun tiada maklumat terperinci yang menghuraikan pengolahan bahan, teknik dan idea karya-karya tersebut yang menjadikan hanya golongan celik seni lukis sahaja yang dapat menghayatinya. Perkara ini menjadikan jurang yang lebih luas antara pengkarya dengan masyarakatnya.Walhal karya-karya seni tampak adalah sebahagian daripada wadah budaya bangsa yang sepatutnya dapat diamati dan difahami oleh semua ahli masyarakat.
Objektif kajian ini adalah untuk merungkai aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’ karya-karya pemenang utama BMS bagi memberi maklumat yang terperinci dengan pernyataan yang mudah serta mengenalpasti perkembangannya dari segi tema dan pengolahan serta artis yang terlibat. Kaedah penyelidikan ini menggunakan pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif menerusi rekabentuk Content Analysis. Semua karya pemenang utama pertandingan BMS sejumlah 20 karya dari tahun 1974 hingga 2004 telah dijadikan sampel kajian untuk dianalisa. Kajian merangkumi perkara yang berkaitan idea daripada tema dan pengolahan bahan serta teknik setiap karya tersebut berpandukan teori ‘Organic Unity‘ menerusi analisa dalam aspek subjek yang digunakan, pengolahan bentuk dan makna yang tersirat.
Hasil kajian mendapati kesemua karya mempunyai kesatuan yang tersendiri dalam mengemukakan subjek pilihan yang dapat diolah menjadi bentuk yang membawa makna dalam memenuhi setiap persoalan semasa yang dikemukakan. Perkembangan penghasilan karya berdasarkan tema yang ditetapkan menjadi asas dalam menyampaikan idea, gaya, bahan dan teknik secara kontemporari mengikut peredaran zaman. Corak persembahan seni instalasi yang merupakan karya kategori sezaman adalah separuh daripada jumlah yang memenangi pertandingan hadiah utama BMS dengan 50% daripada 20 karya yang dikaji. Majoriti pemenang-pemenang adalah terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan formal dari Institut Pengajian Tinggi dalam bidang seni visual dengan bekas graduan kelahiran UiTM memonopoli 14 daripada 20 pengkarya.
Perkataan utama: Bakat Muda Sezaman, Bahan, Teknik, Idea dan Karya Seni Halus

No comments:
Post a Comment