
Azian Haji Tahir & Rosiah Md Noor
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi MARA
ABSTRAK
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi MARA
ABSTRAK
Apabila memperkatakan tentang ketamadunan ia sebenarnya tidak boleh lari dari perkataan kebudayaan. Menurut Abu Bakar Hamzah (1972), istilah tamadun itu sama dengan istilah ’Kebudayaan’, ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup masyarakat setempat dari masa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. Karya Seni Halus pula merupakan antara wadah budaya bangsa yang sepatutnya dapat diamati dan difahami oleh semua ahli masyarakat. Selain dari itu karya seni juga boleh dijadikan sebagai salah satu dari sumber pembelajaran atau propaganda untuk sesuatu maksud yang tertentu. Dalam kontek ini, karya Seni Halus merupakan alat bagi memperkenalkan ketamaduan atau corak budaya orang-orang Melayu Islam. Di Malaysia salah satu asas kesedaran para seniman tentang tugas mereka adalah melalui ‘Dasar Seni Kebangsaan’. Ia telah diperkenalkan kepada umum bukan sahaja untuk menjadi panduan malahan juga merupakan garis penentu hala tuju para seniman apabila berkarya. Dalam kontek ini jelas dapat dilihat bagaimana perubahan telah berlaku dengan drastiknya apabila dasar ini telah digariskan. Antara sumbangan yang telah di berikan adalah kelahiran para seniman yang menghasilkan karya-karya berbentuk Seni Islam berjalan dengan rancak setelah ia diperkenalkan. Antara seniman-seniman yang menyahut dasar ini dengan berteraskan kesenian Islam adalah Syed Ahmad Jamal, Zakaria Ali, Zakaria Awang, Khalid Ahmad, Ponerin Amin dan lain-lain. Mereka merupakan pengkarya yang telah mengetengahkan Seni Islam dalam bentuk budaya tempatan ke dalam seni semasa. Oleh itu objektif kajian adalah untuk merungkai aspek ‘bentuk dan ‘makna’ karya-karya seniman ini bagi memberi maklumat yang terperinci dengan penyataan yang mudah serta mengenalpasi perkembangan karya mereka dari segi tema dan pengolahan terhadap karya tersebut. Kaedah penyelidikan yang akan digunakan adalah pendekatan kualitatif menerusi reka bentuk ‘Content Analisis’. Semua karya yang dipilih akan dijadikan sampel kajian untuk dianalisa dengan berpandukan teori ‘Organik Unity’.
(Kertas Penuh boleh diperolehi dengan menghantar email kepada saya - terima kasih)


